lightning-solid
Berita :
UniSZA Meterai MoU Bersama MSNT dan TSG
UniSZA Meterai MoU Bersama MSNT dan TSG
Zahid Mustafar
2 jam yang lepas
53

KUALA NERUS, 22 Disember - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT), syarikat pengurusan kepada Terengganu Cycling Team (TSG), bagi memperkukuh pembangunan sukan negeri berasaskan sains kesihatan dan prestasi atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata MoU itu merupakan pembaharuan kerjasama sedia ada dengan penglibatan TPCT bagi memperluas skop kolaborasi strategik antara institusi pendidikan, badan sukan dan pasukan profesional negeri.

"MoU ini adalah kesinambungan kerjasama terdahulu bersama MSNT yang kini diperkukuh.

"Penglibatan TPCT membuka dimensi baharu dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU Antara UniSZA bersama MSNT dan TPCT, di Ar-Riyadah Residence, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini semalam.

AMRZ1754.jpg 1.06 MB
Turut hadir, Naib Cancelor Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof. Dato' Dr. Fadzil Adam; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahya; Ketua Pegawau Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.

Menurut beliau, kerjasama tersebut merangkumi penempatan pelajar Fakulti Sains Kesihatan UniSZA khususnya dalam bidang fisioterapi dan sokongan sains sukan di bawah MSNT bagi menyokong pembangunan atlet negeri.

"Penempatan pelajar ini selari dengan keperluan sebenar ekosistem sukan negeri.

"Ia memberi pendedahan praktikal berimpak tinggi kepada mahasiswa," jelasnya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut membuka laluan kepada atlet Terengganu termasuk daripada pasukan TSG untuk melanjutkan pengajian di UniSZA mengikut kapasiti universiti sebagai usaha melahirkan atlet berilmu dan berdaya saing.

"Ini pelaburan jangka panjang modal insan sukan negeri.

"Atlet bukan sahaja cemerlang di arena sukan, malah dalam akademik," ujarnya.
AMRZ1674.jpg 1.08 MB



Artikel Berkaitan