• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Usaha Cari Daftar Pemilih Di Lokasi Tumpuan

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 22 Julai- Usaha bagi mencari daftar pemilih seramai mungkin di lokasi tumpuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi giat dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Penolong Pendaftar Pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Sahana Saleh @ Abdul  berkata, ianya bagi memastikan tiada yang tercicir bagi menjadi peserta demokrasi yang menentukan masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

 “Insya-Allah kita akan mengadakan serta membuka kaunter melibatkan pasar pagi, pasar malam, pasar tani serta pasar minggu yang melibatkan Pasir Raja, Kampung Shukor, Jongok Batu, Kuala Jengai.

“Juga Kampung Dendang, Jerangau Sungai, Felda Jerangau, Bukit Besi dan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dengan mengadakan 15 siri kesemuanya. Supaya mereka yang telah layak mengundi, serta telah sampai usia 21 tahun tidak tercicir daripada menjalankan tanggungjawab terhadap negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian Ketika ditemui pihak media, di Pasar malam Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), kelmarin.

Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Zakiah Alias.

Sementara itu Zakiah berkata, dengan pembukaan kaunter berkenaan ianya telah memudahkan urusan bagi masyarakat di sini terutamanya pengundi kali pertama.

“Walaupun boleh sahaja ke Pejabat POS namun ianya agak menyulitkan, dengan cara ini ianya agak santai. Kita turut memberikan kerjasama kepada SPR dengan mendekati pengunjung pasar malam serta nyatakan kaunter untuk mendaftar sebagai pemilih telah dibuka, dan mereka sangat gembira,”ujar.


Tag: