Banjir, Hampir 10 Ribu Sukarelawan Khidmat Malaysia Kini Siap Sedia
Wanita Marang Banjiri Masjid Rhu Muda
Gambar : Aslam Wira
Oleh : Fatimah Din
MARANG, 21 September - Lebih 1,000 wanita daerah Marang membanjiri Masjid Kampung Rhu Muda di sini untuk mendengar kuliah dhuha oleh Pendakwah Selebriti, Asma Harun.
Penolong Pengarah Perancangan Strategik Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mist) Negeri Terengganu, Faridah Omar berkata, kunjungan tersebut adalah kali kedua penceramah terkenal itu ke Marang selepas di Pustaka Marang.
"Tahniah saya ucapkan kepada wanita Marang, sambutan begitu mengujakan." katanya yang ditemui selepas program tersebut.
Sementara itu, Ustazah Asma di dalam kuliahnya " Wanita Dambaan Syurga, Wanita Akhir Zaman", berkata bukan ramai yang hendak hadir majlis ilmu sekarang ini, dengan berbagai tuntutan hidup yang menjadi halangan luaran atau dalaman.
"Sedar kamu wanita sesibuk mana pun kamu dengan tuntutan hidup (kena taat) selepas Allah, Rasulullah, suami dan ibumu, jaga betul-betul.
" Wanita, kita perlu redha dengan kekurangan yang banyak, cari contoh yang jelas sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Asiah, Sayyidatina Maryam dan Sayyidatina Fatimah," jelasnya lagi.