• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

‘We are Sibling’ Ketepikan Perbezaan Ideologi Politik - PP DUN Batu Rakit

Mohd Shafizi bersama anak muda DUN Batu Rakit.

Oleh : Izzat Al-Qushairi 

SETIU, 17 September – Slogan ‘We are Sibling’ (kita semua adik-beradik) berjaya menyatukan semua rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit walaupun berbeza fahaman politik.

Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pihaknya mula bergerak mengaplikasikan agenda Peryatuan Ummah dengan membawa slogan tersebut ke peringkat bawah.

Jelasnya, usaha tersebut telah dimulakan dalam setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batu Rakit sempena program sambutan Hari Malaysia semalam

“Setiap MPKK dalam DUN Batu Rakit menganjurkan program Sambutan Hari Malaysia dan kesemuanya sambutan itu mendapat sambutan yang sangat hebat dari pelbagai latar politik penduduk.

“Bersama kita lebih 3,000 masyarakat melaungkan ‘We are Sibling’ semasa Program Hari Malaysia peringkat MPKK Dun Batu Rakit,” ujarnya ketika ditemui pemberita semasa program tersebut semalam.

Mohd Shafizi melaungkan slogan 'We are Sibling'.
Katanya lagi, semangat Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) beberapa hari lepas harus dikekalkan dan dilaksanakan di setiap peringkat agar ia mampu memperbetulkan kembali segala kepincangan pentadbiran yang berlaku dalam negara ini.

“Seluruh masyarakat kampung bergembira dengan penyatuan ini. Buktinya, mereka sama-sama hadir dalam program anjuran MPKK tanpa mengira warna parti.

“Sudah sampai masa, kita antara dua parti melayu terbesar ini bersatu atas dasar agama Islam yang menjadi rujukan kita.

“Penyatuan dan kerjasama ini juga mampu membangunkan kembali negara ke tempat yang selayaknya,” tambah beliau.

Sambutan Hari Malaysia.




Tag: