• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

YADIM Terengganu Permudah Mangsa Banjir Beribadah Di PPS

KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu buat julung kali mengadakan misi sukarelawan dan bantuan sumbangan banjir pertamanya tahun ini di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja, di Dungun baru-baru ini.

Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata, misi itu sebagai permulaan untuk berdakwah kepada mangsa banjir dalam musim tengkujuh

Katanya, pihaknya juga menyediakan kain sejadah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kedua-dua kampung berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduknya beribadah dengan sempurna.

"Sebanyak RM22 turut disediakan untuk sumbangan makanan keperluan dapur kepada semua penduduk di kedua-dua kampung itu dan peruntukan bahan masakan ke PPS selama dua hari.

"Ini yang pertama usaha kami di Terengganu. Sebenarnya ia adalah satu persediaan awal untuk sebarang kemungkinan, kami sediakan makan percuma kepada semua penduduk kampung untuk sekurang-kurangnya membantu mangsa banjir lebih selesa untuk beribadah," katanya.

Beliau berkata selepas hadir pada Misi Bantuan Bencana Banjir Dapur Rakyat anjuran YADIM yang disempurnakan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Selain itu, YADIM Terengganu turut merancang pelaksanaan misi yang sama di Air Putih-Teladas, Kemaman, diikuti Setiu dan Kuala Berang tidak lama lagi.


Tag: