lightning-solid
Berita :
YB Besut Persoal Proses Naturalisasi Pemain Warisan FAM
YB Besut Persoal Proses Naturalisasi Pemain Warisan FAM
Mohd Hafiz Azrin Abdul Razak
26 Nov 25
83

KUALA LUMPUR 26 November —Proses naturalisasi pemain warisan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kembali dipersoalkan dalam perbahasan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri hari ini apabila Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menegaskan bahawa penjelasan kerajaan masih belum memadai untuk merungkai keraguan awam dan teguran badan antarabangsa.

 “Penegasan Menteri bahawa kesemuanya telah melalui 'due process' masih tidak memadai untuk menjawab kritikan-kritikan. Malah dalam dokumen FIFA pun disebut proses naturalisasi pemain-pemain ini menimbulkan banyak persoalan,” ujarnya ketika membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau turut mempersoalkan syarat “pemahaman bahasa Melayu yang memadai” serta mempersoalkah betulkan setiap pemain tersebut faham atau ujian yang didudki telah dipermudahkan. 

Ahli Parlimen Besut itu turut mempertikaikan penggunaan kuasa budi bicara Menteri yang memberi pengecualian syarat bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun kepada pemain berkenaan, sedangkan syarat minimum lima tahun yang ditetapkan FIFA sendiri belum dipenuhi. Menurutnya, kegagalan memenuhi syarat asas tersebut menimbulkan persoalan tentang ketepatan proses yang digunakan serta kebijaksanaan mengaplikasikan peruntukan Perlembagaan dalam menjaga integriti sistem kewarganegaraan negara.

Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan tindakan susulan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen berkaitan isu itu.

 “Susulan daripada insiden FAM tadi… minta kerajaan jelaskan langkah-langkah selanjutnya yang akan diambil oleh PDRM berkenaan isu pemalsuan yang mengheret nama baik institusi pendaftaran negara ke dalam polemik ini,” katanya.



Tag :

Artikel Berkaitan