• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445


Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG, 26 Disember- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong bersama isteri meluangkan masa menziarahi seorang penduduk Kampung Temiang yang telah meninggal dunia.

Allahyarham Mohd Noor Bin Adam, 56, meninggalkan enam orang anak setelah meninggal dunia akibat serangan strok.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Temiang, Muhammad Shafie Muda berkata, Ustaz Sulaiman merupakan antara wakil rakyat yang cakna terhadap kebajian penduduk dibawah jagaannya.

"Beliau sentiasa cakna kepada rakyat di sekitar DUN ini. Jika ada kematian, beliau mudah untuk ziarah walaupun dalam keadaan jadual yang padat. Yang berhormat (YB) memang mudoh kire,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sulaiman bersama isterinya turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.






Tag: