• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

YDSM Anjur Gotong Royong Ceriakan Masjid



Program Gotong Royong Perdana Siri 2.0 Skuad Sukarelawan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) semalam diadakan secara serentak melibatkan tujuh masjid.

Antaranya, Masjid Hiliran, Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Paloh, Pulau Rusa, Baru Sungai Rengas, Atas Told an Gelugor Raja.


Program pembersihan dan menceriakan masjid serta tanah perkuburan itu sebagai usaha menggalakkan masyarakat dan umat Islam berbuat demikian selaras dengan ajaran Agama Islam.

Hadir sama menjayakan program murni ini ialah Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Azmi Razik, Haji Azri Sani bin Dato' Mazlan (Pengerusi Jawata kuasa Sukarelawan YDSM), Haji Azizul Rahim bin Ahmad Zambri (Ahli Jawatankuasa Sukarelawan YDSM) dan Mohd Azrul bin Ismail (Setiausaha Kerja YDSM).


Turut hadir ialah AJK Sukarelawan YDSM, Warga Kerja YDSM, pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta Komanden Skuad Sukarelawan YDSM bersama penduduk setempat.

Ahli Skuad Sukarelawan adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasisiwi dari UMT,UniSZA, UCB, UiTM & TATIUC.

Program terbabit turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Bomba & Penyelamat Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri dan Syarikat Air Terengganu (SATU).

Tag: