• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

YPU Bantu Peniaga Miliki Barang Keperluan Perniagaan

BESUT, 9 Mac – Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu lima peniaga memiliki barangan keperluan perniagaan.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata,  sumbangan barangan perniagaan ini merupakan usaha kerajaan bagi membantu para peniaga di Negeri Terengganu.

“Pihak YPU akan sentiasa membantu usaha para peniaga bagi memastikan hasil jualan terus meningkat.

"Saya berharap dengan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk memajukan lagi perniagaan yang diceburi," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan di Pejabat Penyelaras DUN Jerteh, Kampung Padang Luas.

“Saya berharap para peniaga diluar sana agar sama-sama berdaftar dengan YPU bagi memastikan sebarang kemudahan perniagaan tidak terlepas," katanya.
 


Tag: