• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Zizan, UAI Bakal 'Gegarkan' Kuala Terengganu Esok

KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Gandingan mantap antara Zizan Razak dan Ustaz Azhar Idrus (UAI) bakal memeriahkan pembukaan karnival Penghayatan Islam TDM Berhad malam esok.

Pengarah program, Abdul Rahman Che Mat berkata program selama tiga hari itu bertujuan untuk memberikan kesedaran islam khususnya anak-anak muda di kawasan Kuala Terengganu.

Katanya, karnival tersebut bakal berlangsung bermula 18 hingga 20 Ogos 2022 bertempat di dataran Khairunnisa’, Kuala Terengganu.

“Program ini juga akan menampilkan artis-artis terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Faizal Tahir, Nazrey Raihan dan ramai lagi. 

“Dalam masa yang sama, program ini juga berhasrat untuk memupuk semangat masyarakat setempat  dalam menyampaikan kerja dakwah islam kepada komuniti,” jelasnya.

Program akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Ahmad Amzad Hashim.

Sementara itu, Karnival ini juga akan mengambil berat tentang penderitaan masyarakat dengan penyampaian bantuan-bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Tambah Abdul Rahman, pelbagai acara sukaneka seperti Fun Ride, perlawanan Bola Sepak 3on3, pertandingan e-Sport dan banyak lagi akan diadakan.

Selain itu, tidak ketinggalan juga gerai-gerai pameran serta jualan yang akan turut serta bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.


Tag: