• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

650 Orang Terima Sumbangan Nelayan Di Rantau Abang

DUNGUN, 14 Februari - Sebanyak RM52,000 telah diperuntukkan bagi Sumbangan Nelayan untuk membantu 650 orang penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata,  golongan yang terlibat itu ialah nelayan, petani, buruh, penoreh dan penternak. 

"Semasa penyerahan Sumbangan Nelayan dua minggu lepas di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor,  seramai 370 orang hanya nelayan yang menerima bantuan mereka.

" Jumaat lepas di tempat yang sama, seramai 280 orang yang terdiri dari buruh, petani, penoreh dan penternak pula menerimanya, mereka menerima seekor ayam, sekampit beras dan sedikit hadiah wang," katanya.

Alias memberitahu demikian berucap di majlis Sumbangan Buruh, Petani, Penoreh dan Penternak di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor Alor Mak Bah di sini. 

Sementara itu, pngarah program berkenaan, Ahmad Fauzi Ali berkata, program seumpama itu akan sentiasa diadakan sebagai tanda keprihatinan dalam menjaga kebajikan penduduk DUN itu. 

"Walaupun sumbangan tidak seberapa, tetapi melihat kegembiràan ràkyat DUN Rantau Abang adalah segala-segalanya bagi pihak Kebajikan DUN, Insya-Allah akan terus dberi perhatian dengan sebaiknya," katanya. 


Tag: