• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Peti Sejuk Beku Pemangkin Semangat

DUNGUN, 31 Oktober -Peti sejuk beku  menjadi pemangkin semangat kepada seorang pengusaha makanan barat secara atas talian untuk mempelbagaikan lagi produk dan mengambil lebih banyak tempahan. 

Nurul Syuhada Abdu Rahim, 33 telah menerima peti sejuk beku hasil sumbangan bersama Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun di dalam satu upacara ringkas di Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang, baru-baru ini. 

"Saya tidak menyangka permohonan saya untuk mendapatkan peti sejuk beku berjaya, saya cuba minta akhir bulan September lepas, alhamdulillah cepat dapat, akhir bulan Oktober dapat, syukur  sangat - sangat," ujarnya ketika dihubungi pemberita.

Spaghetti Chicken Grill, antara menu yang ditawarkan 

Menurut ibu muda kepada dua orang anak itu, dia pernah mengikuti kelas Pengajian Jarak Jauh(PJJ) Makanan Barat dan mula menceburi perniagaan secara kecil-kecilan sahaja memandangkan berdepan masalah tiada tempat untuk menyimpan bahan mentah. 

"Saya mula 'open order' dengan menu 'prosperity burger' dan mendapatkan bahan-bahan keluaran Ramly, sebab saya nak 'customer' saya makan macamana saya makan, dijamin bersih serta halal," jelasnya yang kini menawarkan lima menu iaitu Spaghetti Chicken Grill, Prosperity Burger, Swedish Meatball, Meatball ala IKEA, Butter Rice Chicken Grill dan Hungry Set Mix Grill. 


Tag: