• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

DUNGUN, 21 Oktober- Rutin harian menemui rakyat secara santai menjadi pilihan kepada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Katanya, cara berkenaan menjadikan penduduk lebih selesa serta dapat merapatkan lagi hubungan antara wakil rakyat dan masyarakat setempat..

"Dengan cara demikian menjadikan rakyat tidak segan untuk bertemu dengan kita bagi merujuk permasalahan yang mereka hadapi," ujarnya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Katanya, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi juga sentiasa mengalu-alukan dan sentiasa bersedia untuk didatangi oleh rakyat mengadu pelbagai permasalahan yang mereka hadapi.

"Saya juga mempunyai kakitangan yang sentiasa bersedia untuk memberikan penerangan yang baik mengenai setiap apa jua masalah yang hendak dirujuk.

"Selain itu, sebarang permasalahan rakyat turut diperolehi melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) malah saya tidak membataskan pertemuan dengan melalui keadaan tertentu sahaja, malah turut menemui rakyat di kedai kopi atau mana-mana tempat yang menjadi tumpuan ramai, dan juga mengadakan ziarah bulanan bagi menyelami kehidupan setiap penduduk yang ditimpa nasib kurang baik agar tiada terlepas pandang bagi diberikan perhatian,"ujarnya.


Tag: