Terengganu, TNB Genco Meterai Perjanjian Optimum Sumber Hidro
Sembilan RTB Diserah, Serlah Kecaknaan Kerajaan
DUNGUN, 16 Februari 2025 – Dokumen hak milik membabitkan sembilan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi diserahkan dalam Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Sivik Jerangau, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menyatakan bahawa penyerahan dokumen kepada 97 peserta terlibat bukan sekadar simbolik, tetapi bukti komitmen kerajaan negeri dalam memastikan rakyat memiliki tanah secara sah.
"Tanah bukan hanya aset untuk tempat berteduh, tetapi juga sebagai sumber ekonomi yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.
"Jadi, memanfaatkan tanah ini dengan penuh tanggungjawab sama ada untuk pertanian, perniagaan atau pembangunan yang boleh memberi faedah kepada keluarga dan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas program, semalam.
Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan SyariahDr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang menyampaikan dokumen hak milik kepada para penerima.
Ghazali turut berterima kasih kepada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus-lumus memastikan proses pemilikan tanah berjalan lancar.
"Semoga dengan penyerahan geran tanah ini, para penerima dapat menikmati hasilnya dan meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.
RTB yang diluluskan bagi DUN Bukit Besi ialah RTB Darat Kampung Minda, RTB Sungai Bel, RTB Pecah Mangkuk, RTB Rantau Panjang, RTB Talong, RTB Sungai Tepung dan RTB Batu Tiong S. Perlis bagi tanah pertanian.
Manakala bagi tapak rumah membabitkan dua RTB iaitu RTB Dendang dan RTB Taman Mulia.