• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Tukang Gunting Dibantu Pihak Berkemampuan

MARANG, 12 Februari - Nasib tukang gunting di daerah ini yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibantu pihak berkemampuan.

Penasihat Unit Belia Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria berkata, perkhidmatan kedai gunting rambut antara sektor yang terjejas teruk kerana dilarang beroperasi sepanjang tempoh kuatkuasa 

"Oleh itu, kami sebagai belia mengambil berat kesukaran yang dialami mereka dalam mencari rezeki apatah lagi ramai daripada tukang gunting adalah golongan belia dan pemuda," katanya.

Menurutnya lagi, dengan kerjasama daripada Syarikat Norlan United, usaha ini mampu meringankan sedikit beban mereka di samping menyantuni keadaan mereka.

"Ada juga penerima yang terdiri tukan gunting perempuan, dan mereka juga tidak ketinggalan menerima bantuan daripada kami yang berbentuk sumbangan kewangan dan juga keperluan asas" katanya. 

Salah seorang penerima daripada Tukang Gunting perempuan

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Dun Rhu Rendang berkata ketika, menyerahkan sumbangan tersebut ke kedai tukang gunting di seluruh DUN Rhu Rendang.

Turut hadir adalah Pengurus Kawasan, Konsesi Selenggara Jalan Negeri Terengganu (Norlan United), Azmi Ahmad, petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang dan Penyelaras Pemuda Pas Dun Rhu Rendang.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang berkata, bantuan ini adalah usaha di antara belia dan syarikat Norlan United, dan PKM berfungsi sebagai pemudah cara dan orang tengah bagi membantu salah satu golongan terjejas ini.

"PKM juga sangat mengalu-alukan jika agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut menyumbang sama ada dari segi tanggungjawab sosial korperat (CSR) atau sebagainya,

"Ini juga selaras dengan usaha kerajaan negeri Terengganu yang berusaha membantu rakyat terjejas melalui bantuan BERKAT 2021," tambahnya lagi.

Kepada yang belum mendapat bantuan ini atas sebab ketiadaan maklumat atau tercicir, mereka boleh merujuk kepada PKM Dun Rhu Rendang untuk sebarang urusan.


Tag: