• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Tukang Gunting Rambut Guna Kerusi 'Rare' Dibantu

MARANG, 8 Mac - Nasib tukang gunting,  Abdul Hassan, 34, dari Kampung Paya, di sini yang hanya menggunakan kerusi kayu ketika menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mendapat perhatian Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Ustaz Wan Sukairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu,  berkata beliau mendapat makluman daripada Pengerusi Belia 4B Terengganu, Mohd Shahril Mazuki, yang menyatakan seorang belia di Kampung Paya, yang memerlukan kerusi menggunting rambut.

"Saya segera berhubung dengan beliau dan nyatakan bahawa saya ingin melawat belia itu. Alhamdulillah pagi semalam, saya telah melawat belia tersebut yang di rumahnya.

"Saya rasa cukup sayu apabila melihat suasana tempat mengunting rambut tersebut dan kerusi tempat menggunting juga dibuat sendiri menggunakan kayu yang diklasifikasikan sebagai agak 'rare'.

"Namun saya merasakan usaha pemuda ini wajar dipuji dengan kesungguhannya yang mempunyai semangat yang cukup tinggi,"' katanya.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman yang mewakili Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang dan  Pengerusi 4B Terengganu, Mohd Shahril Mazuki,

Menurutnya lagi, Abdul Hassan akan dibantu Kerajaan negeri Terengganu melalui Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang dengan membina tempat menggunting rambut dan memberi sumbangan alat-alat untuk menggunting rambut.

"Saya amat komited untuk terus membantu belia-belia yang mempunyai semangat tinggi seperti ini. InsyaAllah di pihak Kerajaan Negeri Terengganu juga akan membantu sebaiknya buat belia yang berminat untuk menceburi bidang usahawan ini, tambahnya lagi.

Kerja-kerja membina ruang dan kedai gunting di rumahnya telah dimulakan dan akan dilakukan dalam masa terdekat, bagi membantu belia ini mencari sumber pendapatan.

Sebelum ini, Abdul Hassan telah menerima bantuan terjejas pendapatan Berkat 2021, yang disampaikan oleh Belia Dun Rhu Rendang dan Norlan United.


Tag: