• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tumpuan Sama Rata Kementerian Pendidikan Kurangkan Jurang Perbezaan

KUALA LUMPUR, 14 Disember– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di gesa agar memberikan tumpuan sama rata kepada sekolah-sekolah di luar bandar agar pembangunannya seimbang dengan institusi pendidikan berkenaan yang berada di bandar bagi mengurangkan jurang perbezaan. 

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata ia termasuk dalam menyediakan fasiliti bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta selamat, dimana KPM perlu menyegerakan peruntukkan untuk membaikpulih fasiliti-fasiliti yang telah usang bagi sekolah di pedalaman.

“Saya ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan baikpulih sekolah luar bandar seringkali terlewat menerima peruntukkan, ianya membimbangkan kerana kerosakkan yang berlaku boleh mengancam keselamatan murid dan warga sekolah bahkan terdapat juga sehingga ke hari ini masih belum diterima.

"Diantara masalah yang dihadapi ialah kerosakan pada litar pemasang elektrik yang mana kerosakkan dialami itu menelan kos yang besar untuk dibaik pulih dan juga didapati sistem perpaipan yang terlalu lama juga perlu diperbaiki.

"Perkara ini membawa implikasi besar. Kerana bil air sekolah melambung tinggi, mencecah ribuan ringgit akibat terdapat banyak tempat kerosakkan yang tidak diperbaiki segera.Begitu juga dengan komputer yang berada di pejabat dan bilik khas, fasiliti-fasiliti ini perlu di naiktaraf dengan kadar segera," ujarnya pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Tambah beliau lagi,  apa yang berlaku pada hari ini, makmal sekolah, sekolah luar bandar telah usang dan sesetengah kes hampir runtuh bahkan bangunan-bangunan bagi pembelajaran vokasional menengah atas juga memerlukan bangunan baru agar proses pengajaran dan pembelajaran kondusif dan berkesan.

“Saya juga ingin membangkitkan berkenaan kerosakan pagar di SK Chalok, di Setiu akibat dilanda banjir. Sudah dua kali banjir melanda, setakat hari ini masih belum dapat dibaiki. Saya memohon agar kementerian dapat menyalurkan peruntukkan bagi masalah-masalah yang telah saya bangkitkan, bagi memastikan kemudahan infrastruktur sekolah luar bandar khususnya, diperkasakan sekaligus hak pelajar luar bandar untuk mengecapi pendidikan yang sempurna tercapai,"ujarnya.

Dalam pada itu katanya, cadangan untuk melantik warden bukan daripada kalangan guru juga sewajarnya dipertimbangkan oleh pihak kementerian.

"Jika sekiranya ia tidak dapat dipertimbangkan, saya cadangkan supaya elaun warden di kangan guru ini dapat ditingkatkan bagi menaikkan semangat mereka untuk bertugas," ujarnya


Tag: