• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

MARANG, 21 September - Penduduk Marang, Hamdan Mohd Nor, meluahkan rasa syukur setelah rumah yang didiaminya selesai dibaik pulih dalam Program Pakat Carre DUN (Dewan Undangan Negeri) Pengkalan Berangan.

Beliau bersyukur kepada Allah SWT atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesulitan yang dihadapinya.

"Jika dahulu, selama 10 tahun saya tinggal di rumah usang yang tidak berbilik, tetapi kini kehidupan saya lebih selesa setelah menerima sumbangan baik pulih rumah di samping tambahan dua buah bilik yang baru.

"Terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Ustaz Sulaiman yang prihatin terhadap kebajikan kami," jelasnya ketika ditemui pemberita di sini kelmarin.

Dalam tumpuan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong mengharapkan supaya bantuan dan program-program seumpama itu dapat diteruskan lagi dengan jayanya.

"Kita mengharapkan supaya bantuan dan program-program seumpama ini dapat dijayakan lagi bersama dengan Penyelaras Pemuda DUN dan Jabatan Amal Kawasan Marang serta agensi-agensi di DUN Pengkalan Berangan," ujarnya.

Proses baik pulih kediaman tersebut mengambil masa selama 10 hari untuk disiapkan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, Irsyad Syafiq, Ketua Lujnah Kebajikan Unit Amal Kawasan Marang, Tajudin Ibrahim dan Ketua Unit Amal DUN Pengkalan Berangan, Shahrul Azmi Othman.


Tag: