• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

100 Kanak-Kanak Teruja Dirai Di Majlis Berkhatan DUN Bukit Payong



Seramai 100 kanak -kanak teruja menyertai program berkhatan beramai- ramai anjuran Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri Bukit Payong di Perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong, Marang, kelmarin.

Program tersebut  menjadi aktiviti tahunan setiap kali tiba musim cuti persekolahan yang bertujuan meringankan beban ibu bapa masing-masing, selain peserta turut menerima sumbangan RM20 sebagai duit poket.



Hadir merasmikan program Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat Negeri, Roslee Daud.

Peserta berkhatan berkenaan diarak bermula dari Masjid Surau Panjang menuju ke  perkarangan Pasar Kedai Buloh dengan diserikan bunyi paluan kompang oleh pelajar  Sekolah Kebangsaan Tok Dir.

Kemudian mereka dimandikan menggunakan semburan air  dari jentera Bomba oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang sebelum menjalani proses berkhatan.

Tag: