• 18 Mei 2024 | 10 Zulkaedah 1445

100 Orang Sertai 'Hiking' Merdeka Jom Rukah Bukit Keluang


Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 1 September - Seramai 100 orang peserta pelbagai peringkat umur menyertai program 'Hiking' Merdeka Jom Rukah Bukit Keluang.

Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor mengucapkan tahniah kepada mereka dan mempelawa anak-anak muda menyertainya pada masa akan datang.

"Insya Allah, kita akan adakan program seperti ini sekerap mungkin mengikut keadaan yang sesuai untuk belia kita.

"(Ia bertujuan) agar (remaja) tidak terjebak dengan masalah sosial dan tidak bermoral yang boleh membawa kepada kelalaian," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program tersebut, semalam.

 Justeru itu, beliau menyeru kepada anak-anak muda diluar sana tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati tentang hari yang penuh bersejarah.

"Saya berharap,agar anak-anak muda selepas ini dapat bersama-sama kita dalam program-program akan datang.

"Kita akan cuba mendekati mereka untuk memahami erti Merdeka dalam Islam," ujar beliau.

Turut hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Besut, Hakim Zulfikri dan 10 anggota Amal Besut yang diketuai Rahim Mohd Zain.

Tag: