• 17 Sept 2021 | 9 Safar 1443

100 Penduduk Terima Bantuan Kaca Mata Percuma

Hulu Besut, 2 November - Seramai 100 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang kurang berkemampuan menerima bantuan kaca mata percuma.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Mat Daik Mohamad berkata, bantuan yang disumbangkan kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu menyasarkan golongan warga emas serta kategori B40. 

"Alhamdulillah program sumbangan seperti perlu diteruskan untuk membantu bagi mereka yang memerlukan.

"Ianya nampak biasa tetapi besar bagi mereka yang kurang berkemampuan serta dapat meringankan beban mereka terutamanya golongan warga emas yang tidak mempunyai pendapatan tetap," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pemeriksaan mata bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Besut.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan usaha murni tersebut.

"Terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mengenal pasti mereka yang layak serta mereka yang memerlukan," jarnya.


Tag: