KUALA NERUS, 28 Oktober - Negeri Terengganu mencipta sejarah apabila buat julung kalinya, berjaya menganjurkan Kejohanan Boling Padang Malaysia Open; Royal Patron's Cup 2026 yang menampilkan penyertaan lebih 10 pasukan antarabangsa.
Kejohanan yang berlangsung di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu membuka tirai secara rasmi semalam, dengan penglibatan 520 atlet dari Hong Kong China, Kenya, Sri Lanka, Singapura, Filipina, Australia, India, Brunei, Wilayah Utara Australia, New Zealand, pasukan podium kebangsaan serta pasukan-pasukan tempatan.

Dalam kejohanan selama lima hari itu, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu perseorangan (Single), berpasangan (Pairs), berpasangan campuran (Mixed Pairs) dan Para berpasangan (Para Pairs).
