• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

118 Penduduk Pinang Merah Terima Sumbangan Aidilfitri

DUNGUN, 1 Mei - Seramai 118 orang penduduk Kampung Pinang Merah menerima bantuan beras dan wang saku.

Pengerusi JPKK Pinang Merah, Che Wan Mustaffa Wan Kaman berkata, sumbangan sempena Aidilfitri untuk sesi pertama diberikan kepada 83 orang terlebih dahulu.

"Ini merupakan program saban tahun yang diadakan dan hari ini kita berikan kepada 83 orang dahulu penerima manakala 35 orang lagi akan menerimanya pada hari Selasa ini di Balairaya Pinang Merah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Kad Sejahtera Bagi Penduduk Pinang Merah.

Menurutnya, hasil kutipan sumbangan ini berjaya mengumpul RM10,000 lebih.

"Sumbangan ini diperolehi daripada derma orang ramai, letak tabung di masjid dan sumbangan luar.

"Jutaan terima kasih kepada penginfak, semoga nilai derma itu dilipatgandakan pahala oleh Allah di bulan Ramadan ini," ujarnya.

Katanya, pada majlis sumbangan terbabit, turut dibuat penyerahan kad sejahtera kepada 26 orang peserta di Pinang Merah.

 


Tag: