• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

12 Warga Emas, OKU Seberang Takir Disuntik Team Mobile Vaksin

KUALA NERUS, 23 September – Usaha pemvaksinan golongan kurang berkemampuan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terus difokuskan menerusi pasukan ‘mobile’ kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pegawai Penyelaras di Seberang Takir.

Menemubual seorang wakil perubatan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Nabil Ali berkata, Seramai 12 orang terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) terima vaksin di rumah masing-masing.

“Ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk mendapatkan vaksin pada masa yang sama fokus UniSZA untuk mencapai kadar vaksinasi 90% bagi golongan dewasa.

“Selain itu juga pelaksanaan PPV sememangnya berisiko bagi golongan sasar ini kerana ia membabitkan pengumpulan ramai individu,” katanya lagi.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab beliau memandang serius keadaan penduduk yang menghadapi kekangan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Dengan adanya kaedah ini, sekaligus memudahkan mereka divaksin seperti insan lain disamping membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyelesaikan proses vaksinasi dengan kadar segera," tambahnya ketika ditemui di rumah penerima vaksin.

Beliau juga hadir bersama-sama pasukan Fakulti Perubatan UniSZA turut menghulurkan sedikit barangan dapur kepada penerima vaksin sebagai penghargaan dan sokongan.

Seorang penjaga, Zainun Ismail, 48, menceritakan, dia menjaga kakaknya Sarifah Ismail bergilir-gilir dengan adik beradik dan menghadapi sedikit kesukaran dengan mencecah usia 84.

“Dengan adanya bantuan barangan dan kesihatan ini, saya berterima kasih kepada Mohd Fadhil Wahab atas usaha dan Pusat Khidmat Masyarakat di sini," katanya lagi.

Sehingga hari ini, Terengganu telah mencapai peratusan individu dewasa divaksin sebanyak 80 peratus dengan jumlah keseluruhan seramai 648,775 orang.