• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

125,545 Pelajar Di Terengganu Mula Sesi Persekolahan Penggal Tiga Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 9 Januari – Seramai 125,545 pelajar di seluruh Terengganu memulakan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 secara bersemuka hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, kesemua pelajar menengah dan rendah di negeri ini mengikuti pembelajaran tanpa penggiliran.

“Jumlah itu termasuk 65,534 murid tahun satu hingga tiga di samping 34,201 pula adalah pelajar tingkatan empat dan lima.

“Sementara itu, baki 4,729 lagi merupakan calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),”katanya kepada pemberita.

Tambahnya, mereka yang mengikuti pembelajaran penggiliran adalah seramai 121,542 orang iaitu 56,745 pelajar tingkatan satu hingga tiga diikuti  64,797 murid tahun tiga hingga lima.

Dalam masa yang sama, seramai 17,725 orang guru yang bertugas di semua sekolah juga tanpa penggiliran.