• 05 Nov 2024 | 03 Jamadil Awal 1446

1,256 Pelajar Terima Sumbangan Persekolahan

KUALA NERUS, 8 Mac - Seramai 1,256 pelajar kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir menerima bantuan awal persekolahan hari ini.

Bantuan kelengkapan sekolah seperti tudung dan kasut yang diberikan kepada mereka yang layak itu semestinya melegakan khususnya ibu bapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Masrul Azuan, 43, berkata sebagai penjaga, bantuan persekolahan yang diterimanya itu mengurangkan perbelanjaan persekolahan dua anaknya yang masih bersekolah.

“Saya bekerja sebagai buruh binaan, sekarang ramai buruh melayu tiada kerja kerana kebanyakkan kontraktor mengambil pekerja Bangladesh dan Myanmar,” katan beliau ditemui pada program penyampaian bantuan sekolaj di Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini

Dalam pada itu, Suri rumah, Alena Ismai, 42, berkata permohonan untuk bantuan ini mudah dan cepat selain tempat yang selesa.

“Suami saya pendapatan tak seberapa, sedikit terbeban dengan kos persekolahan yang semakin meningkat dan anak saya memaklumkan aktiviti kokurikulum dan beruniform juga memerlukan perbelanjaan.

“Tambahan pula anak bongsu yang akan memasuki alam persekolahan tak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, musibah banjir yang berlaku baru-baru ini memang memberi kesan apabila sesi persekolahan pula akan tiba.

“Ramadan dan Aidilfitri pun bakal tiba pastinya menjadi kerisauan ibu-bapa.

“Setiap seorang dapat kasut, bag sekolah dan baju tanda kecaknaan kerajaan negeri dan inisiatif-inisiatif lain dilakukan menandakan kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat selain menepati janji dalam manifesto lalu


Tag: