• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

130 Peserta Sertai Kursus Pra Perkahwinan


Oleh: Ahmad Fadhilah

MARANG - Seramai 130 peserta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat menyertai  Kursus Pra Perkahwinan Pejabat ADUN Alur Limbat dengan kerjasama Pejabat Agama Kuala Terengganu.

Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) itu disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan julung kali diadakan di DUN Alur Limbat selepas pentadbiran kerajaan baru.

Program ini berlangsung selama dua hari  berakhir 13 Oktober ertempat di Dewan Mas’ud Kolej Al-Quran Terengganu, Kampus Padang Midin.

Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumah tangga. Ia diharap dapat dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.

Penyelia Institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMiTS) DUN, Ustaz Wan Ahmad Zuki berkata, kursus tersebut pertama kali dianjurkan selepas petadbiran kerajaan baru itu mendapat sambutan luar jangkaan apabila lebih 50 orang mahu menyertainya.

“Mengambil kira faktor itu, pihaknya dengan kerjasama pihak berkaitan bercadang meneruskan program sama akan supaya lebih ramai terutama pasangan muda yang mahu mendirikan rumah tanga dapat menyertainya,”katanya

 “Kursus selama dua hari ini bukanlah tempoh mematangkan kita  untuk melayari bahtera rumahtangga  sebaliknya sebagai asas kehidupan  di alam baharu.

Apa yang penting,  belajarlah daripada orang-orang lama termasuk kedua ibu bapa kita dalam melayari kehidupan berumahtangga,”katanya.


Tag: