lightning-solid
Berita :
131 Pekerja Pesaka Timber Terima Sumbangan Wang Tunai dan Barangan Keperluan
131 Pekerja Pesaka Timber Terima Sumbangan Wang Tunai dan Barangan Keperluan
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
08 Jan 26
46

DUNGUN, 11 Januari — Seramai 131 orang pekerja Pesaka Timber Berhad menerima sumbangan berupa wang tunai RM50 dan barangan keperluan harian bernilai RM50 setiap seorang dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Pesaka Timber Berhad, Dungun pada Khamis.

Majlis sumbangan tersebut merupakan inisiatif khas daripada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli sebagai tanda keprihatinan serta penghargaan kepada para pekerja yang sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Beliau turut berharap agar sumbangan tersebut dapat memberi manfaat kepada para pekerja dan keluarga mereka, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar.

Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran, dengan para penerima merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan.


Tag :

Artikel Berkaitan