• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

13,431 Peluang Pekerjaan Perlu Dimanfaatkan Rakyat Terengganu Sepanjang JAKM

KUALA NERUS, 4 Jun - Sebanyak 13,431 peluang pekerjaan tersedia sempena program berlangsung pada pentas Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Terengganu, yang ditawarkan melalui 89 majikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat di negeri ini disarankan merebut peluang yang ada  sepanjang tiga hari JAKM berlangsung.

"Ini membolehkan Keluarga Malaysia di Terengganu dipadankan dengan pekerjaan yang sesuai," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup JAKM di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini hari ini.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri Terengganu dan PERKESO di bawah 
Kementerian Sumber Manusia telah bekerjasama untuk memperkasakan akses peluang pekerjaan bagi rakyat Terengganu melalui 38 Pusat Pintar yang menyasarkan 1,000 penempatan pekerjaan. 

"Alhamdulillah, kita telah berjaya melepasi sasaran ini dengan 1,351 tawaran pekerjaan sejak ia dilaksanakan pada Disember 2021 sehingga April tahun ini, dengan 
PERKESO yang berperanan sebagai Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT),"jelas beliau.