• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

1,346 Terima Pencen Rakyat Di Dungun

DUNGUN, 24 Januari - Seramai 1,346 orang warga emas di Dungun terpilih menerima pencen rakyat yang melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata,daripada jumlah tersebut seramai 547 orang penerima Dari DUN Paka, Rantau Abang (209), Bukit Besi (425) serta Sura (165).

"Keempat - empat DUN sudah mengadakan majlis penyerahannya iaitu Paka pada 13 Januari, Sura pula 16 Januari manakala Rantau Abang pada 19 Januari dan Bukit Besi mengadakannya 20 Januari," jelasnya ketika dihubungi pemberita,hari ini. 

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Dana Pencen Rakyat Negeri Terengganu 2021 baru - baru ini, menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Terengganu yang telah berjaya melaksanakan satu lagi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Tahniah juga kepada yang terpilih anggaplah  ini adalah rezeki dari Allah S.W.T, masih ada lagi yang layak tetapi nama mereka tercicir, insyaAllah akan diambil tindakan segera," katanya. 

Turut hadir di majlis yang diadakan di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inivasi & Korporat, Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu(YPKT) Nazri Yusof.


Tag: