• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

1,370 Keluarga Di Rantau Abang Terima Sumbangan Bakul Makanan

DUNGUN, 6 Mei- Seramai 1,370 keluarga yang terdiri daripada penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima sumbangan bantuan Bakul Makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, sumbangan tersebut adalah inisiatif agensi kerajaan itu di dalam usaha membantu kerajaan negeri bagi menjayakan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021 dan kerajaan Persekutuan, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) 2021.

"Terimakasih kepada JKM dan tahniah kepada penerima yang mungkin sebelum ini tertanya - tanya sebab apa tidak menerima sumbangan seperti RM100 kepada pekerja kedai makan, tukang gunting dan sebagainya, dan inilah rezeki tuan puan, Bantuan Bakul Makanan untuk penerima JKM yang juga bernilai RM100 ,"katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Bakul Makanan JKM di Balai Raya Kampung Che Lijah di sini.

Katanya, jumlah penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu merupakan yang teramai dalam DUN, Parlimen Dungun.

"Ini menunjukkan penduduk di DUN Rantau Abang merupakan penerima teramai bantuan bulanan daripada JKM seperti bantuan warga emas, ibu tunggal ataupun Orang Kelainan Upaya (OKU)dan banyak lagi kategori yang lain," ujarnya.


Tag: