• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

1.4 Peratus Kanak-kanak Terengganu Telah Divaksin

KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Sebanyak 1.4 peratus kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun di Terengganu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin sejak Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) diperkenalkan 3 Februari lalu.

Menurut laman web COVIDNOW jumlah keseluruhan kanak-kanak di Malaysia yang menerima vaksin berkenaan adalah seramai 4.8 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak dalam lingkungan usia berkenaan.

Melaka mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 11.7 peratus diikuti Sarawak dengan 10.5 peratus, Lembah Klang (10.2 peratus), Negeri Sembilan (4.5 peratus), Labuan (3.2 peratus), Kedah (2.9 peratus) dan Sabah (2.4 peratus).

Selain itu ialah Perlis dengan 2.2 peratus, Perak (1.5) peratus, Johor (1.3 peratus), Pulau Pinang (1 peratus) serta 0.1 peratus masing-masing di Kelantan dan Pahang.

Bagi pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula adalah 92.3 peratus (2,874,510) sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos, manakala 89.8 peratus atau 2,795,507 individu sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sementara itu, sebanyak 56.4 peratus atau 13,258,893 orang daripada penduduk dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos pengalak manakala 97.5 peratus bersamaan 22,936,644 rakyat pula sudah mendapatkan sekurang-kurangnya dua dos bagi pelalian terbabit.


Tag: