• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

1,403 Pengundi Awal Mengundi Di IPK Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 November - Seramai 1403 pengundi awal terdiri anggota polis dan tentera menunaikan hak dan tanggungjawab turun mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu seawal 8 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, terdapat lima saluran di sini dan dua saluran akan ditutup pada pukul 12 bergantung kapasiti yang akan mengundi.

"Manakala satu lagi akan ditutup pada jam dua petang yang selebihnya pada jam lima petang," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)  Kuala Terengganu pada pagi ini.

Menurutnya , seramai sembilan orang anggota telah dijangkiti Covid-19.

"Sebagaimana prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR) telah ditempatkan di kaunter. Mereka yang ada Covid akan melapor dulu sebelum meneruskan pengundian.

"Oleh itu, untuk mempermudahkan lagi, kita di pihak PDRM telah menghubungi semua dan kenal pasti semua saluran mereka untuk mengundi di saat-saat akhir.

"Makna tidak berlaku kesesakan kepada yang lain ataupun mereka yang lain terpaksa dalam keadaan yang tidak tenang," jelas beliau.

Beliau menambah, bagi anggota bertugas pada sebelah petang, mereka akan mengundi pada awal pagi manakala yang bekerja sebelah pagi akan menunaikan tanggungjawab selepas waktu tersebut.

"Insya Allah semua berjalan dengan lancar dan kita tengok cuaca pun baik.

"Kita harap ia berjalan lancar. Peratusan saya akan maklumkan kembali berapa yang telah keluar mengundi pada hari ini," tambah beliau lagi.

katanya, jumlah keseluruhan yang mengundi di kawasan Kuala Terengganu pada hari ini ialah seramai 7025 orang.


Tag: