• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

141 Ahli Majlis Dilantik Galas Tugas Untuk Rakyat

KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Seramai 140  ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dilantik untuk jawatan itu bagi tempoh 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2024

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  yang bermesyuarat baru-baru ini telah sebulat suara meluluskan pelantikan tersebut.

Katanya, kesemua mereka telah melepasi saringan yang dibuat pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Di enam PBT kita menempatkan 20 ahli majlis manakala di MBKT 21 ahli majlis yang akan berperanan untuk membantu dan menyelesaikan apa-apa isu berkaitan rakyat.

“Orang ramai yang ingin membuat apa-apa aduan atau masalah boleh terus berhubung dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Dr Alias berharap semua ahli majlis dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

“Perkara tersebut penting demi memastikan perkhidmatan dapat  disampaikan terus kepada rakyat dalam bidang kuasa majlis masing-masing tanpa ada gangguan.

“Tindakan segera yang diambil oleh ahli majlis berkaitan dengan masalah masyarakat setempat akan mencerminkan kepekaan dan sikap mereka dalam menyelesaikan masalah atau perkara yang dibangkitkan khususnya berkaitan dengan perkhidmatan majlis,” katanya.


Tag: