• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

1,500 pelajar UMT bakal pulang beraya

KUALA NERUS, 5 Mei - Seramai 1,500 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijadualkan pulang ke rumah masing-masing sempena sambutan Aidilfitri bermula Jumaat ini hingga 12 Mei.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya berkata, daripada jumlah itu kira-kira 600 pelajar akan mengunakan perkhidmatan bas yang diuruskan universiti berkenaan.

“Manakala baki 900 pelajar lagi pulang dengan kenderaan sendiri di samping dijemput ahli keluarga di kampus.

“Bagi yang menaiki bas, segala maklumat tentang destinasi dan waktu perjalanan sudah dimaklumkan kepada mereka,” katanya

Dalam perkembangan sama, Hafiz meminta para pelajar yang pulang berhari raya agar mengisi maklumat dalam aplikasi My3K setibanya di rumah masing-masing di samping semasa mendaftar masuk semula ke kampus mulai 16 hingga 20 Mei.

Katanya, langkah itu penting bagi membolehkan pihak universiti membuat analisis risiko sekali gus mencegah penularan Covid-19.

“Semoga anak-anak selamat sampai ke destinasi mereka dan patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat kesihatan yang ditetapkan ketika berhari raya bersama keluarga,” katanya

 


Tag: