• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

180 Nelayan Sura Terima Bantuan 'One-Off'

DUNGUN, 8 Februari – Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menyalurkan bantuan one off kepada 180 warga nelayan bagi meringankan beban golongan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi berkata agihan bantuan itu merupakan agenda tahunan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura.

Katanya, seramai 150 orang penerima dari kalangan nelayan telah menerima bantuan tunai one-off itu pada tahun 2022,  manakala jumlah penerima pada tahun 2023, meningkat kepada 180 orang penerima.

“Bantuan sebanyak RM150 berserta barang asas keperluan dapur diagihkan kepada setiap penerima bagi membantu golongan nelayan ini memandangkan sekarang ialah musim tengkujuh, menyebabkan para nelayan tidak dapat pergi ke laut.”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Nelayan DUN Sura hari ini.

Wan Hapandi turut mengingatkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk mengenalpasti penerima bantuan ini merupakan mereka yang disahkan bekerja sebagai nelayan.

“Bantuan ini mestilah diagihkan kepada mereka yang disahkan bekerja sebagai nelayan sepenuh masa dan tidak mempunyai pekerjaan lain kerana ada juga di kalangan penduduk yang turun ke laut sebagai kerja sampingan atau hobi semata," jelasnya.


Tag: