• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

18,367 Kotak Air Bagi Fasa 1 Diagih Di DUN Tepoh

KUALA NERUS, 1 September - Sebanyak 18,367 kotak air minuman bagi fasa 1 telah diagihkan kepada 26 kampung yang terjejas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh yang bermula Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bantuan untuk semua rumah itu telah diagihkan mengikut pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berdasarkan kaedah pengagihan yang dirasakan sesuai untuk penduduk.

"Insya-Allah agihan air bagi peringkat kedua akan dimulakan kembali pada hari Khamis ini bagi memenuhi hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap kediaman yang terjejas menerima 5 kotak air minuman," jelasnya.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan, terdapat rumah yang menerima dengan kuantiti berbeza kerana terdapat sedikit gangguan pengangkutan daripada pihak pembekal.

"Insya-Allah, kami berusaha agar tidak ada yang tercicir. Meskipun demikian, memahami kelemahan manusia, kami alu-alukan maklum balas kepada pihak kami secara terus atau melalui JPKK masing-masing.

"Jadi, yang rasa nama mereka tercicir dalam agihan ini, sudikanlah memaklumkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya"

Mewakili pihaknya, Hishamuddin turut memohon kemaafan atas kekurangan dan kelemahan serta turut berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.


Tag: