• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

187 Keluarga Terima Bantuan Baiki Rumah Di Paka

DUNGUN, 12 Oktober - Sebanyak 187 keluarga telah menerima bantuan baiki rumah menerusi Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka sejak pertukaran kerajaan dahulu. 

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Wirdan Shahidan berkata, kebanyakan yang menerima bantuan itu adalah mereka yang ditimpa musibah seperti ribut, angin kencang dan kebakaran.

"Mereka yang dalam kesusahan menjadi keutamaan kita kerana mereka berhak mendapatkannya,"ujarnya kepada pemberita.

Wirdan mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan keutamaan masyarakat memberi ruang kepada yang lebih layak dalam mendapat peruntukan pembaikan rumah ini.

Katanya, syarat yang diutamakan adalah terhadap golongan yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.

"Pihak kami (Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Paka) sentiasa menerima borang permohonan yang dihantar melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

"Peruntukkan ini diagihkan setiap DUN dengan jumlah yang terhad tetapi permohonan terlalu banyak.

"Atas faktor ini pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Paka akan melihat keutamaan yang lebih memerlukan," ujarnya.


Tag: