• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri Di Terengganu

BESUT, 26 April - Sebanyak 20 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2022 peringkat Terengganu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengerusi Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata senarai itu melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

Katanya, ia termasuk enam jenis barangan harga terkawal sedia ada di bawah pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam.

"Sehubungan itu, saya memohon semua pasaraya dan peniaga mematuhi arahan tersebut bagi menggelakkan tindakan undang-undang sekiranya gagal mematuhi peraturan-peraturan dibawah skim ini.

"Begitu juga kepada pengguna yang mendapat maklumat terdapat peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan boleh melaporkannya kepada KPDNHEP tetapi maklumat yang diberikan perlu lengkap bagi memudahkan siasatan pihak penguatkuasa," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada selepas Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP HRP) 2022 Peringkat Negeri di Pasaraya Pantai Timur, Jertih hari ini.

Dalam perkembangan sama, pihaknya juga memberi jaminan bekalan barangan kawalan mencukupi di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan.