• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

20 Keluarga Jalani Kuarantin Terima Sumbangan

DUNGUN, 4 November- 20 buah keluarga yang menjalani kuarantin kendiri dirumah masing-masing dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah menerima sumbangan dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi, semalam.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata kesemua mereka menerima sumbangan beras dan juga keperluan asas yang lain.

"Apa yang kita berikan ini diharapkan mampu meringankan sedikit bebanan mereka kerana sudah tentu mereka mengalami kesukaran bagi mendapatkan bekalan makanan serta keperluan yang lain sepanjang menjalani kuarantin.

"Sumbangan ini juga sebagai tanda kecaknaan serta keprihatinan daripada pihak kita terhadap penduduk termasuk kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang diarah agar menjalani kuarantin dan perlu bekerja dari rumah," ujarnya ketika ditemui pihak media, semalam.

Dengan tempoh 14 hari menjalani kuarantin berkenaan, Ghazali berharap agar semua mereka memanfaatkan masa dengan sebaiknya bersama keluarga.

"Disamping menyiapkan kerja-kerja yang terpaksa dilakukan di pejabat mungkin inilah masanya bersama keluarga untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat secara bersama dan mungkin dengan cara ini dapat mengeratkan hubungan kasih sayang diantara keluarga yang sebelum ini sibuk dengan tugas seharian.

"Saya harap agar semuanya akan kembali kepada kehidupan normal selepas ini," katanya.


Tag: