• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

200 Petugas Khidmat Malaysia Kemaman Ke Pahang

KEMAMAN, 27 Disember - Seramai 200 orang petugas sukarelawan Khidmat Malaysia (KM) Parlimen Kemaman digerakkan ke Kuantan bagi memberi bantuan kepada masyarakat yang terlibat dengan banjir besar baru-baru ini.

 Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Kemaman di laman media sosialnya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Khidmat Malaysia Kemaman yang telah menyertai misi kemanusiaan ini terutama Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Jabatan Amal, Ameerah, Briged Muslimat, PAKAT 4×4, Radio Amatur Kemaman (RAK) dan seluruh petugas dari DUN Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih.

"Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran atas penat lelah kalian yang turun membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh mangsa banjir sama ada dalam 'Ops Bersih' maupun agihan makananan dan semua penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan kepada mangsa banjir  secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi bantuan banjir kali ini," katanya.

Pasukan KM Kemaman ditempatkan untuk bertugas di Taman Sri Inderapura, Taman Sungai Isap Damai dan Pekan Sungai Lembing dan sebanyak 2000 bungkus nasi 'Dapur Rakyat' telah diagihkan dikawasan tersebut.