• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

2,212 Pelajar Di Batu Buruk Terima Bantuan Persekolahan

KUALA TERENGGANU, 25 November – Seramai 2,212 pelajar di Dewan Undangan Negeri Batu Buruk menerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jumlah tersebut merupakan yang tertinggi dalam Parlimen Kuala Terengganu.

“Alhamdulillah, bantuan persekolahan ini diteruskan lagi oleh kerajaan negeri pada tahun ini sebagai satu usaha dalam memberikan kebajikan kepada rakyat.

“Bantuan yang kita sampaikan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat supaya hasil kerajaan negeri dapat kembali kepada rakyat dalam pelbagai bentuk dan sektor seperti sektor pendidikan, kebajikan, dakwah, pelaksanaan syariah, ekonomi, pertanian dan sebagainya.

“Di samping itu juga, saya berpesan kepada semua untuk sama-sama kita menjaga diri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama dalam kalangan anak-anak yang hadir ke sekolah,” katanya dalam majlis penyerahan bantuan itu.

Majlis yang diadakan di Dewan Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib, Kuala Ibai itu berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.