• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

226 Masjid ,Surau Setiu Terima Sumbangan Ihya’ Ramadhan

 

SETIU, 5 April – Sebanyak 73 buah masjid dan 153 buah surau di daerah ini telah menerima sumbangan Ihya' Ramadan pada kali ini.

Ahli parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, sumbangan tersebut bagi menghidupkan institusi berkenaan sepanjang Ramadan bagi menyuburkan aktiviti-aktiviti keagamaan di komuniti setempat. Justeru itu, beliau memperuntukkan untuk menyumbang kepada masjid dan surau.

“Alhamdullilah, ini bukanlah kali pertama kita memberi sumbangan sedemikian rupa. Tapi ia sudah diagihkan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Saya berharap semoga dengan sumbangan ini ia dapat menghidupkan lagi program-program keagamaan sepanjang bulan ini dalam kita mengejar fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Dewan Serbaguna Sg Tarom, di sini, semalam.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Pegawai Pejabat daerah, Faiz Azuan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jemaah mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP)  terkini yang mesti dipatuhi walaupun sudah berada di fasa endemik dalam mengentikan penularan wabak Covid-19.

“Saya mohon jawatankuasa masjid dan surau sentiasa memperingatkan para jemaah untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ,"katanya.