• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

23 Kanopi Manfaat Buat Rakyat Bukit Besi

Oleh : Amiruddin Zamri

DUNGUN, 13 Oktober - Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengambil inisiatif menyerahkan 23 kanopi kepada setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam memudahkan urusan rakyat di setiap kampung terbabit.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, ia sekali gus dapat meningkatkan peranan serta perkhidmatan JPKK dalam memberikan kebaikan dan manfaat untuk rakyatnya.

"Jadi apa jua sebarang majlis yang hendak dilakukan, samada majlis kahwin, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya kanopi ini dapat digunakan.

"Kaedah yang kita guna pakai adalah, dengan JPKK meminjamkan kepada mana-mana anggota komuniti yang berhajat untuk mengunakannya, adalah menjadi harapan kita agar ia dijaga dengan baik untuk memastikan ia dapat digunakan secara terus menerus," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sebaik menyerahkan kanopi berkenaan kepada 23 JPKK di DUN Bukit Besi, semalam.

Katanya, Kanopi berkenaan telah ditempah secara khusus dari Jerantut,Pahang melalui syarikat pembekal dimiliki  Shahrolrizam Ismail  atau lebih dikenali sebagai 'Along Encik Kanopi'.

 


Tag: