• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

231 Orang Terima Kad Sejahtera Di Bukit Besi


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 29 Ogos- Seramai 231 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi) telah dikenalpasti dan layak menerima Kad Sejahtera yang telah diedarkan ke setiap DUN negeri ini.

Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Mohd Noor Azian berkata, kad itu akan diedarkan secara berperingkat.

"Pegawai Penyelaras akan turun bersama jentera i-MiTS untuk mengagihkan kad berkenaan disamping akan menyelitkan progam mendekati masyarakat beserta sedikit penerangan akan dilakukan.

"Supaya masyarakat disini akan merasa lebih dekat dengan kerajaan negeri dan akan kita sampaikan polisi serta hasrat kerajaan negeri dalam mencapai apa yang dihasratkan melalui Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai pengagihan Kad Sejahtera di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Besi, semalam.

Katanya, Kad Sejahtera yang diedarkan oleh kerajaan negeri itu sebagai suatu insiatif daripada kerajaan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Kerana itu mereka yang menerimanya merupakan yang tersenarai didalam E-Kasih dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Dengan bantuan seumpama ini, dapatlah digunakan oleh mereka untuk mendapat rawatan yang lebih baik dimana-mana klinik swasta," katanya.

Jumlah tertinggi yang menerima kad berkenaan ialah Kampung Bukit Besi seramai 55 orang, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) seramai 33 orang, Pinang Baru (14), Jongok Batu (10) dan Kampung Talong (17).

Manakala Kampung Pasir Raja (18), Rantau Panjang (14), Kampung Dendang (11).

Diikuti, Kuala Jengal (14), Jerangau (11), Kampung Tepus (11), Felda Jerangau (8) dan Kampung Shukor (9)


Tag: