• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

2,325 Penoreh, Petani Dan Nelayan Terima Bantuan Hidup

SETIU, 15 Julai - Prihatin dengan nasib para penoreh, petani dan nelayan, agihan makanan asas kepada golongan itu yang menetap di Setiu akan mula diedarkan semalam.

Ahli Parlimennya, Shaharizukirnain Abd Kadir, berkata bantuan berbentuk makanan asas itu memanfaatkan 2,325 individu bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

“Batu Rakit terdapat banyak kampung, jadi untuk memudahkan urusan pembahagian nanti, saya meletakkan barangan ini di tujuh tempat penyimpanan untuk DUN Batu Rakit.

"Melibatkan sebanyak 392 bungkusan sumbangan untuk penoreh dan nelayan sebelum diagihkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing- masing," katanya kepada UPDI.

Katanya, sumbangan itu turut melibatkan 1,819 penoreh dan 506 nelayan di Parlimen Setiu.

"Alhamdulillah saya juga sempat turun padang pergi ke rumah penerima untuk mengagihkan sumbangan ini. 

"Esok (hari ini) kita akan mengedarkan untuk DUN Langkap pula dan diikuti dengan Permaisuri dan Jabi," tambahnya.


Tag: