• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

24 Ahli Majlis Perbandaran Dungun Selesai Angkat Sumpah

DUNGUN, 9 Jun- Seramai 24 Ahli Majlis Perbandaran Dungun telah selesai angkat sumpah di Pejabat Majlis Perbandaran Dungun, hari ini.

Acara mengangkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Pertua Majlis Perbandaran Dungun Rashdan Muda, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu iaitu dari Bukit Besi; Ghazali Sulaiman, ADUN Sura; Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi dan ADUN Rantau Abang; Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.

Wan Hassan ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada kesemua Ahli Majlis di atas pelantikan mereka.

"Semoga dapat tunaikan tanggungjawab anda dengan penuh komitmen dan berintegriti bagi memajukan Daerah Dungun.

"Di samping itu, saya berharap agar aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Ahli - Ahli Majlis di zon masing - masing dapat berjalan dengan lancar dan memberikan impak yang berkesan kepada komuniti penduduk setempat di Daerah Dungun," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Daerah Dungun; Jusman Ibrahim, Ketua Polis Daerah Dungun; Supt. Maizura Abdul Kadir dan Jurutera Daerah JKR Dungun; Ir. Mohd Alazhar Ali.


Tag: