• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

240 Keluarga Mangsa Banjir Dungun Dapat Bantuan RM500

DUNGUN, 15 Oktober - Seramai 240 keluarga yang terlibat dengan banjir di Dungun akhir tahun lalu menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, daripada jumlah tersebut 64 keluarga merupakan mangsa banjir di DUN Rantau Abang. 

"Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan prihatin rakyat yang sentiasa ambil cakna kesusahan rakyat, walaupun lambat tetap membantu rakyat," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan di Dewan Serbaguna Paya Kemudi, Padang Pulut di sini. 

Turut hadir, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun, Kapten Ahmad Kamal Hakim Ngah dan Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghafar Abu Bakar. 

Sementara itu, Ahmad kamal berkata, sumbangan berkenaan melibatkan kampung-kampung yang dilanda banjir di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Rantau Abang dan Bukit Besi. 

"Bantuan sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah adalah peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang kemudiananya disalurkan kepada Pejabat Daerah Dungun untuk diagihkan kepada penerima oleh APM selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Peringkat Daerah, "katanya. 

 


Tag: