• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

2,500 Penduduk Terima Suntikan Vaksin Melalui Program Outreach

Oleh : Mawaddah Mohd

HULU TERENGGANU, 10 Julai - Program Outreach di Politeknik Kuala Jeneris yang menjadi pusat vaksin bagi dos pertama kepada penduduk di sekitar kampung- kampung daerah Hulu Terengganu mencatatkan 2,500 suntikan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, antara kawasan yang terlibat untuk pemberian vaksin ialah Kampung Kuala Jeneris, Kampung Basung, Kampung Pasir Dula, Kawasan Pengkalan Gawi, Kawasan Tok Lawit, Kampung Kuala Ping dan kawasan-kawasan sekitarnya. 
 

"Untuk Outreach kali ini, saya difahamkan seramai 2,500 penduduk sekitar ini menerima dos pertama mereka dan ia dilanjutkan ke kawasan lain bagi menjayakan proses vaksinasi.

"Saya dapat melihat kerjasama yang baik dari kalangan pemimpin tempatan dan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Kuala Berang, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK), anggota Rela dan polis Kuala Berang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan ke PPV di Politeknik Hulu Terengganu tengah hari tadi.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid dan Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu.

Dr Mamad turut mengucapkan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.

"Berkat bantuan dan kerjasama yang diberikan, perjalanan program ini berjalan dengan lancar," ujarnya