• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

25,000 Rakyat Terengganu Bakal Nikmati Lesen Motosikal Percuma


Untuk HEBAHAN kepada rakyat Terengganu.

Program Lesen Motor Terengganu Sejahtera PERCUMA Rakyat Terengganu.

1. Program Lesen Motosikal B2.
2. Dibuka untuk 25,000 orang yang layak.
3. Permohonan mesti diisi melalui atas talian atau 'online' atau menggunakan borang secara manual.
4. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.
5. Bujang atau sudah berkahwin.
6. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.
7. Permohonan pertama kali pertama sahaja.
8. Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.
9. Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.
10. Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.
11. Borang permohonan melalui i-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;
* Kad Pengenalan
* Slip gaji atau pengesahan tempat pengajian
* Pemohon tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan disahkan Penghulu atau MPKK
* Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) bagi LESEN B2 ini perlu bersama salinan Kad OKU
12. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.
13. Pendaftaran dibuka bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2019.
14. Pelaksanaan program bermula 15 April 2019.
15. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.
16. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia & semakan boleh dilayari di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my selepas 1 April 2019.



Tag: